Wednesday, April 28, 2010

Categorized | , ,

Palanivel Dan Ezam Antara Empat Senator Baru Angkat Sumpah Pada Isnin

11:19 PM

G.Palanivel

Mohamad Ezam Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor adalah antara empat senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu.

"Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas," kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- BERNAMA

0 Responses to “Palanivel Dan Ezam Antara Empat Senator Baru Angkat Sumpah Pada Isnin”

Post a Comment

Racist Comments Are Not Allow In This Blog!!!