Featured Stories
Natoque non, Quisque in porttitor! Tortor magna dolor, aliquam tellus iaculis Suscipit lorem tristique The First Featured Article
Selamat Datang | Welcome

Selamat Datang | Welcome

http://gomalaysian2.blogspot.com/

Sudahkah Anda Berdaftar?

Sudahkah Anda Berdaftar Sebagai Pengundi?

Pilihanraya Boleh Berlaku Pada Bila-Bila Masa, Tunaikan Tanggungjawab Anda!!!

Kembalikan Hak Rakyat

Kembalikan Hak Rakyat!!!

Kembalikan Hak Rakyat, Bubarkan DUN Perak!!!

The First Featured Article

Kembalikan Hak Rakyat

Kembalikan Hak Rakyat, Pulangkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan!!!

Saturday, May 1, 2010

Contact Me

11:09 AM

Want to send me some message? Kindly fill the form below ;)


























Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):


Read the full story

Wednesday, April 28, 2010

Palanivel Dan Ezam Antara Empat Senator Baru Angkat Sumpah Pada Isnin

11:19 PM

G.Palanivel

Mohamad Ezam Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor adalah antara empat senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu.

"Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas," kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- BERNAMA

Read the full story

Friday, April 23, 2010

Kamalanathan A/L P. Panchanathan?

12:10 AM


Read the full story

Tuesday, April 20, 2010

Berita Mengenai Muhammad Fairus & Hee Yit Fong

12:07 AM











Berikut adalah berita-berita sensasi yang diterjemahkan daripada Surat Akhbar Cina...



Bekas Timbalan Ketua Menteri Pertama Pulau Pinang, Muhammad Fairus Telah Berjaya Untuk Membiayai Pinjaman Keretanya


Bekas Timbalan Ketua Menteri Pertama Pulau Pinang, Muhammad Fairus telah berjaya untuk membiayai pinjaman keretanya sebanyak RM109,000.00 kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pertama Pulau Pinang, Mansor telah mengesahkan Fairus telah mengirimkan wang tersebut kedalam Akaun Bendahara Pulau Pinang pada minggu yang lepas.

Pinjaman ini termasuk kadar faedah. Fairus telah meminjam wang daripada Kerajaan Negeri untuk membayar pembelian kereta jenama Mercedeznya.

Fairus telah meletak jawatan pada 8 April dan pilihanraya kecil Penanti telah diadakan pada bulan yang sama.

Mansor telah menang dalam pilihanraya kecil itu dan menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Pertama.

Fairus telah menyertai UMNO pada 1 March kemudian.

Berita ini telah dilaporkan di sin chew daily & kwong wah


==========================================================

Sultan Perak Menganugerahkan Darjah Kepada 912 Orang
Hee Yit Fong mendapat darjah Datuk



Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Fong (Bekas ADUN DAP yang menjadi bebas tetapi menyokong BN) dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Dia berkata dia berasa gembira dan menyatakan ini adalah satu pengurniaan kepadanya.

Berita ini telah dilaporkan di china press & kwong wah

Read the full story

Sunday, April 11, 2010

[Justice For Beng Hock] Dr Pornthip Tidak Hadir Inkues Teoh Beng Hock

10:36 AM











Perkembangan terbaru Teoh Beng Hock. Hari ini Malaysia Kini telah melaporkan Penyiasat Kes Teoh, Porntip tidak akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan. Maklumat selanjutnya boleh didapati di malaysia kini...


'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir inkues Teoh

Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

http://malaysiakini.com/news/128847

=========================================================

Pornthip pressured to bow out of Teoh's inquest

Renowned Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand will not be testifying at the Teoh Beng Hock inquest when it resumes hearing on April 20 citing “political pressure” from the Malaysian government.

http://malaysiakini.com/news/128846

=========================================================



指大马对泰国施加外交压力 普缇放弃向明福验尸庭供证

赵明福验尸工作再度受到打击,泰国著名法医普缇(Porntip Rojanasunand,右图)宣称受到来自马来西亚和泰国官方的“政治压力”,因此不会在本月出席赵明福验尸庭供证。

普缇告诉《当今大马》,泰国司法部高级官员“劝告”她,不要出席原本安排在下周的验尸庭供证程序。普缇是隶属司法部底下的中央法医机构的局长。

她表示,司法部接到来自泰国外交部的资讯,指如果她坚持成行,则她将会遇到麻烦——包括被禁止入境。

根据普缇的说法,马来西亚政府已经通过“非正式管道”向泰国外交部发出“讯息”,指它不欢迎普缇出席赵明福验尸庭。

“某位泰国资深的政府官员告诉我,马来西亚政府某方面施加政治压力,阻止我出席验尸庭,甚至可能会干扰我手头上现有的泰南验尸任务。”

泰南调查和赵明福二选一

赵明福验尸庭原本安排普缇在下周二出庭供证,但是普缇如今担心出庭将会影响她在泰南的验尸工作。由于回教徒分离主义分子的动乱,已造成泰南发生上千人丧命,而普缇受命调查这些命案。

为了要调查这些泰南命案,普缇有时需要到吉兰丹去进行调查工作。她宣称,今年1月她曾企图取得准证进入吉兰丹,却受到阻扰。

“不过我却无法进入,有关当局发出‘讯号’禁止我越过泰马边境。”

普缇遗憾地表示,如此一来,她被迫在泰南调查和赵明福命案之间二选一。

http://malaysiakini.com/news/128849

Read the full story

Tuesday, April 6, 2010

Ibrahim Ali: Gerakan Parti Tin Kosong

8:19 AM











Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali menyifatkan Gerakan sebagai parti tin kosong, kerana tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, malah perlu bergantung kepada saluran perlantikan senator untuk masuk ke dewan parlimen.


Merdeka Review

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali menyifatkan Gerakan sebagai parti tin kosong, kerana tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, malah perlu bergantung kepada saluran perlantikan senator untuk masuk ke dewan parlimen.

Ibrahim Ali juga menuduh bahawa Gerakan heboh membuat kenyataan kontroversi untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada dirinya. Dari kaca mata ahli parlimen Pasir Mas yang "bebas" ini, Gerakan berbuat demikian demi kepentingan politik dirinya kerana parti komponen BN ini sedang bersaing dengan DAP.

"Tapi, itu sudah terlambat," sindir Ibrahim Ali yang "bersimpati" kepada Gerakan. Beliau berkata, "Saya bersimpati kepada Gerakan. Mereka sekarang ni parti kosong, tin kosong. Mereka tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, perlu bergantung kepada perlantikan senator (untuk masuk ke parlimen)."

Setelah diingatkan bahawa Gerakan masih mempunyai dua orang ahli dewan rakyat yang terpilih dalam PRU ke-12, Ibrahim Ali berkata, "Ya, mereka mempunyai seorang dua, tapi itu tak cukup, mereka masih memerlukan senator untuk mempertingkatkan bilangan kerusi mereka."

Biar rakyat menilai

Sebelum ini, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah mendesak agar Naib Presiden Gerakan, Teng Hock Nan dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June meminta maaf berikutan tuduhan mereka terhadap PERKASA sebagai NGO yang bersifat perkauman, di samping mempertikaikan kenyataan bekas PM, Mahathir Mohamad ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pertama PERKASA.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Teng dan Low enggan meminta maaf. Ketika mengulas isu ini, Ibrahim Ali memberitahu MerdekaReview, "Terpulanglah kepada mereka untuk memohon maaf atau tidak. Rakyat akan menilai siapa yang betul. Akhirnya, orang tahu Tun (Mahathir) adalah rasis atau tidak."

Ibrahim Ali memberi amaran, "Mereka akan kehilangan lebih sokongan. Sokongan Cina tu penting, tetapi Melayu juga penting. Mereka perlu menjaga tingkah laku mereka. Kalau mereka terus dengan kenyataan kontroversi sebegini, mereka akan kehilangan lebih sokongan!"

PM memahami PERKASA

Selain itu, Ibrahim Ali juga menghargai kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa PERKASA bukan kumpulan ektremis. Ibrahim Ali berkata, "PM memahami PERKASA dengan baik. Saya amat gembira dengannya (kenyataan PM). Kerana beliau seorang Perdana Menteri, beliau tidak berkata sesuatu sesuka hati beliau, beliau semestinya mempunyai laporan, mendapat maklum balas, kemudian barulah berkata kepada rakyat."

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.


Read More @ http://merdekareview.com/bm/

Read the full story

Saturday, April 3, 2010

[E.P.I.C.] Voice Your Choice! Register As A Voter!

3:12 PM


The decisions we make today shape our tomorrow, individually as a community, and ultimately as a nation. That is why we are beginning another EPIC movement we call EPIC for Unity.

This is where we want the people to start having faith & hope in this nation that we call HOME and love dearly. It is understandable that it has indeed been challenging to develop such positive feelings toward a nation that displays such a blatant disregard for ethics and the rapid decay of moral values in our community. We understand that we are disillusioned and feelings of helplessness have inhabited our minds and wills, causing us to stop striving for what we youths want.

==============================================

We want to believe that the power of ‘one’ is not simply overrated, just rarely challenged
We want Positive Action not Negative Reactions
We want to integrate not tolerate
We want to stop complaining, and start acting
We want our friends to stop migrating overseas and our parents to stop telling us to do so
We want to be colour blind to our neighbours
We want to stand up to be responsible for our collective future and believe that others want to as well

==============================================

We want all this but what are you willing to do to get it?

We want to voice our choice the best and most civil way we know how in practicing our democratic right…
By Voting

However before that happens, you first have to register as a voter… Have you? If you have, GOOD ON YA! If not, don’t feel bad, because the time is now.
We are on an EPIC Mission to gather

2,000,000 voters


by the end of the year. Yes, we said it! TWO MILLION! We believe that we will definitely hit and even exceed this number if you join us on this EPIC adventure to truly impact our community in an extraordinary way.

We will be launching our year-long campaign which we believe belongs to all of us on the 3rd and 4th of April. The launch will start of by setting up booths in high traffic malls which will be confirmed ASAP.

We will need at least 150 hands in promoting, registering,
setting up booths and pasting up posters.

We are targeting 20,000 people for the 2 day launch.

Click here for more info :
http://dosomethingepic.net/

Click here to become volunteers:
http://www.dosomethingepic.net/downloads/vyc-briefing-pack.pdf

Click here to contact E.P.I.C.
http://dosomethingepic.net/contact

Read the full story

Thursday, April 1, 2010

[Raja Petra] Barak’s ‘One Israel’ and Najib’s ‘One Malaysia’

9:32 PM











Mengapa menuduh, menuduh, menyangkal, menyangkal? Biarkan Rakyat Malaysia melihat sendiri bagaimana wang cukai mereka dibelanjakan dengan memaparkan dokumen ini. Rakyat Malaysia tidak sebodoh yang anda bayangkan. Mereka boleh membaca dan memahami implikasi dari apa yang berlaku. Dan garis bawah adalah semua wang cukai mereka sedang salah dibelanjakan.


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Lihat dokumennya di sini @ http://www.malaysia-today.net/


=======================================================

One Israel: BN mahu Anwar diambil tindakan disiplin

KUALA LUMPUR, 1 April — Datuk Seri Nazri Aziz berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadapi tindakan disiplin berhubung kenyataannya bahawa konsep 1 Malaysia ada kaitan dengan kempen “One Israel” dibawah bekas perdana menteri Ehud Barak.

Nazri (gambar) berkata kerajaan telah memutuskan Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Perkara 18 (2) Peraturan Mesyuarat.

Usul untuk merujuk Anwar akan dikemukakan kepada Speaker hari ini dan akan dibahaskan Isnin ini. - Malaysian Insider

Read the full story

Monday, March 29, 2010

Sistem Permilihan MCA Dan Mampukah MCA Mendapat Sokongan Rakyat Semula?

1:50 AM











Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah adakah Chew Mei Fun, ketua wanita MCA dan bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara akan meletak jawatan? Kerana menurut beliau sekiranya Chua Soi Lek memenangi kerusi President MCA maka beliau akan meletak jawatan MCA. Nampaknya lepas ini, Chew Mei Fun akan sibuk untuk membalas soalan dari media dalam isu ini.


GoMalaysian

Permilihan MCA akhirnya berlalu. Seperti yang dijangkakan oleh para penganalisis politik negara, Chua Soi Lek yang mendapat undi 901 undi berjaya mengalahkan bekas President Ong Tee Keat 578 undi dan bekas President Ong Ka Ting 833 undi dalam perebutan kerusi President MCA.

Namun perolehan undi oleh Ong Tee Keat telah dikatakan amat memberangsangkan kerana sebelum ini para penganalisis politik hanya menjangkakan beliau hanya boleh memperoleh kira-kira 300 undi manakala Ong Ka Ting yang cuba melabelkan dirinya sebagai pemimpin yang mampu menyelamatkan MCA di media masa dan di kalangan wakil MCA akhirna kalah kepada Chua Soi Lek.


Sistem Demokrasi dalam MCA?

Pemilihan Parti MCA memang menarik perhatian saya kerana pada pendapat saya, ia adalah parti yang paling demokrasi di arena politik negara ini. Hal ini adalah jarang berlaku di arena politik negara dimana kebiasanya pihak yang berkuasa biasanya menggunakan pelbagai cara untk menghalang pencabarnya memberikan cabaran kepadanya. Sebagai contoh, sistem kuota yang digunakan untuk menghalang pencabarnya bertanding kerana gagal mendapatkan pencalonan yang mencukupi, Tun Mahathir juga pernah menyatakan beliau ditekan ketika pemilihan UMNO berlangsung dan sebagainya.

Dalam pemilihan MCA kali ini, saya menampakkan kesemua calon mempunyai pelunag untuk berceramah dan mengaul undi mereka. Walaupun terdapat sedikit kekurangan dalam pemilihan kali ini seperti meletakkan VCD dan pisang di meja wakil, kumpulan NAP yang cuba menyuruh wakil supaya tidak mengundi calon yang mempunyai kesalahan dari segi moral, namum pemilihan kali ini dikatakan berjalan dengan lancar.

Sistem demokrasi dalam MCA diharapkan dapat menjadi ikutan kepada parti politik negara bukan saja parti komponen Barisan Nasional, tetapi juga parti komponen Pakatan Rakyat.


Bolehkan MCA mendapat semula sokongan rakyat?

Sebelum pemilihan ini bermula, pelbagai pihak telah menjalankan pungutan suara untuk mendapatkan pandangan orang ramai mengenai siapa yang paling layak untuk memimpin MCA.

Merdeka Center telah menjalankan undian di kalangan pelbagai kaum dan keputusannya ialah Ong Tee Keat mendahului pencabarnya dalam undian tersebut. NTV 7 juga menjalankan undian SMS ketika berita Mandarin dan mendapati hampir 50% daripada masyarakat orang Cina telah berharap agar Og Tee Keat terus membimbing MCA. Hal ini kerana tanggapan orang ramai terhadap Ong Tee Keat adalah lebih positif berbanding dengan calon lain.

Ong Tee Keat pernah membongkarkan tindakan rasuah dalam peruntukan untuk sekolah cina oleh pegawai kerajaan dan yang terbaru ini kes PKFZ yang dikatakan oleh segelintir orang punca dia disingkirkan kali ini. Sikap keberanian Ong Tee Keat telah berjaya mendapat sokongan orang ramai terhadapnya, harus diingatkan, Ong Tee Keat (Ahli Parlimen Pandan) berjaya untuk mengekalkan kerusi Parlimennya walaupun dilanda tsunami politik dimana MCA kalah hampir semua kerusi di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Nampaknya keputusan pemilihan MCA adalah jauh berbeza dengan hasrat masyarakat orang cina, Ong Tee Keat yang paling diminati oleh orang ramai telah menduduki tempat terakhir dalam pemilihan tersebut.

Mesej yang disampaikan oleh pemimpin MCA adalah imej pemimpin itu hanya salah satu faktor dan apa yang lebih penting adalah kebolehan pemimpnin itu untuk mengagihkan sumber parti dan membimbing parti. Jadi, keputusan kali ini telah jauh berbeza dengan hasrat masyarakat orang Cina dan adakah MCA masih mampu mendapat semula sokongan orang Cina? Nampaknya ia masih mempunyai jalan yang lama untuk dikecapi.


Selepas pemilihan Parti?

Adakah MCA akan dapat semula sokongan rakyat khasnya masyarakat orang cina terhadapnya? Pada pandangan saya, ianya amat tipis, tetapi sekiranya mereka melakukan beberapa perkara dibawah, ianya akan mungkin berlaku:

- Isu orang Cina
Sistem persekolahan Cina merupakan faktor paling penting dalam perkiraan orang Cina, kerana masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan anak mereka kerana mereka percaya hanya pendidikan yang mampu mengubah taraf hidup seseorang. Ada juga pepatah Cina yang menyebut Pendidikan tidak boleh dipinggirkan walaupun kita miskin.

Sistem persekolahan Cina telah dikatakan dipinggirkan dari sistem pendidikan negara kerana peruntukkannya tidak mencukupi. Masyarakat orang Cina terpaksa melakukan pelbagai aktiviti seperti konsert, kutipan derma dan sebagainya untuk mengumpul wang untuk membina dan membaikpulih sekolah Cina. Kenapa sesetengah bangunan dalam sekolah Cina telah dipanggil dengan nama seseorang, inilah puncanya.

Selain itu, bilangan sekolah yang tidak cukup. Mereka terpaksa berantur sejak malam lagi untuk mendaftarkan anak mereka belajar di sekolah cina. Hal ini biasa berlaku di KL, Selangor dan Johor. Masyarakat Cina hanya dijanjikan beberapa sekolah baru ketika pilihan raya umum tetapi peningkatan jumlah penduduk menebabkan masalah ini bertambah buruk. Selain itu, terdapat juga peraturan yang amat melucukan seperti sekolah cina tidak boleh dibina dan hanya boleh dipindakan. Kebanyakkan sekolah di bandar adalah dipindahkan dari kampung yang tiada lagi sumber pelajar.

Kesemua isu ini anda boleh mendapatkan pengesahan dari kawan-kawan Cina yang berada di sekeliling anda.

- Keberanian untuk membongkarkan kes rasuah
Walaupn Ong Tee Keat berjaya untuk membongkarkan isu PKFZ namum dia hanyalah berjuang perseorangan kerana segelintir besar wakil dari parti tidak menyatakan sokongan terhadap beliau untuk menyiasat kes ini. Ada juga wakil yang menuduhnya merosakkan imej parti kerana membongkarkan isu ini kerana banyak pemimpin yang terlibat dalam isu ini.
- Pendirian MCA dalam isu negara
MCA gagal untuk menyatakan pendiriannya dalam pelbagai isu negara seperti kes kapal selam, rampasan kuasa Perak dan pemilihan kerajaan tempatan.

- Perlumbaan dengan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat telah berjaya untuk memperkenalkan pelbagai polisi yang mesra rakyat seperti pemberian tanah kepada golongan miskin orang Melayu dan Cina di Perak, potongan harga air di Selangor, peruntukan untuk golongan orang tua di Pulau Pinang, peruntukan untuk sekolah agama dan sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang dan Perak, pengenalan sistem permilihan ketua kampung Melayu di Perak, usaha untuk menjalankan pemilihan kerajaan tempatan di Selangor dan Pulau Pinang dan sebagainya. Namum, MCA yang merupakan parti pemerintah di Pahang, Negeri Sembilan, Perlis, Melaka, Johor nampaknya masih mempunyai jalan yang lama untuk mengejar polisi yang mesra rakyat ini.

Jadi, ianya masih merupakan jalan yang panjang untuk MCA menyelesaikan masalah ini.

Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah adakah Chew Mei Fun, ketua wanita MCA dan bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara akan meletak jawatan? Kerana menurut beliau sekiranya Chua Soi Lek memenangi kerusi President MCA maka beliau akan meletak jawatan MCA. Nampaknya lepas ini, Chew Mei Fun akan sibuk untuk membalas soalan dari media dalam isu ini.



Photo adopted from SinChew Daily

Read the full story

Thursday, March 25, 2010

[Raja Petra] Bercakap Banyak Tetapi Tidak Menyampaikan Apa-Apa | How To Talk A Lot But Say Nothing

6:02 PM










Zul tidak berani untuk menuduh sesiapa dan menerangkan apa yang telah berlaku. Malah dia menimbulkan lebih banyak persoalan dalam perkara ini.


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Ahli Parlimen Bebas (Bekas PKR), Zulkifli Noordin telah mengadakan satu sidang media semalam, anda boleh menonton video tersebut di akhir petikan ini.

Dia berkata siding media tersebut diadakan kerana ajakan daripada seorang “kawan” medianya. Dia berkata dia tidak berniat untuk mengatakan apapun, tetapi sekiranya terdapat soalan daripada media, dia akan menjawab.

Kemudian dia bercakap tanpa henti dan tidak menjawab soalan langsung. Lebih tepat lagi ialah dia bercakap banyak tetapi seperti tidak menyampaikan apapun. Dia tidak memberitahu siapakah yang cuba menyuruhnya untuk mengaitkan kes pembunuhan dengan “Pasangan Pertama” negara.

Ramai yang sudah lupa bahawa Zul pernah memberikan ceramah di seluruh negara mengenai Anwar Ibrahim telah diracuni dengan arsenik pada 1999 lagi. Sehingga orang dalaman parti telah merasakan Zul keterlaluan dalam perkara ini.

Zul telah menerangkan secara terperinci bagaimana dia bertemu dengan Anwar dan mempercayaai Anwar telah diracuni. “Anwar sudah menghampiri ajal”, kata Zul kepada orang ramai ketika dalam ceramahnya.

Dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya pula, Zul telah berundurkan diri daripada barisan perbicaraan kerana menerima menurutnya dia menerima ugutan mati daripada pihak tertentu sehingga dia tidak dapat meneruskan perbicaraan tersebut. Tetapi dia tidak menerangkan lebih lanjut bagaimana tekanan yang diterimanya dan juga pihak mana yang terlibat.

Zul tidak berani untuk menuduh sesiapa dan menerangkan apa yang telah berlaku. Malah dia menimbulkan lebih banyak persoalan dalam perkara ini.

Zul kini membuat dua tuduhan jenayah yang serious. Dia memberitahu bahawa dia telah disuruh oleh pihak ketiga untuk mengaitkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor dengan kes tersebut dengan mengemukakan bukti palsu. Kedua, dia menerima ugutan mati supaya berundur daripada barisan peguam sehingga menganggu tugasnya sebagai peguam.

Kedua-dua tuduhan tersebut adalah tuduhan jenayah yang serious tetapi Zul tidak mahu menerang secara terperinci apa yang telah berlaku dan siapa yang terlibat. Hal ini bermakna Zul telah menyalahi undang-undang.

Polis tidak mempunyai pilihan lain dan akan menyoalsiasatnya tuduhan tersebut supaya mencari kebenaran bahawa siapa yang menyuruhnya untuk membuat bukti palsu. Sekiranya terdapat pihak yang cuba untuk mengaitkan orang yang tidak berdosa dengan sesuatu jenayah, ia merupaka satu jenayah dan polis mempunyai tugas untuk menyiasatnya.

Zul mungkin tidak dapat menjangkakan perkembangan selepas kenyataannya dan dia telah memulakan peristiwa ini. Dengan menyatakan terdapat pihak tertentu yang cuba menyuruhnya untuk mengemukakan bukti palsu dan ada pihak yang mengugutnya dengan ugutan mati sehingga boleh menganggu tugasnya sebagai peguam, maka tebukti dia mengetahui sesuatu jenayah telah berlaku. Jadi polis mempunyai tugas untuk menyiasatnya supaya mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang sepatutnya.

Tahniah Zul. Sekiranya polis membiarkannya maka ini bermakna Zul telah membohong dan sekiranya ia merupakan satu kenyataan yang benar-benar berlaku, maka polis mempunyai tugas untuk menyiasat Zul.

Adakah Zul seorang peguam yang sah?

Satu lagi perkara, Zul harus memberitahu kenapa dia membiarkan jenayah ini berlaku selepas sekian lama? Dia mengetahui sesuatu jenayah telah berlaku. Sekiranya dia peguam yang sah dia seharusnya mengetahui undang-undang tidak membenarkan ini berlaku. Tetapi dia berdiam diri dan dia kini dia membongkarkan kesemuanya. Malah dia tidak memberitahu kebenaran isu ini dan tidak menuduh siapa yang terlibat.

Jadi kita tunggu tindakan susulan polis. Pihak polis tiada pilihan lain dan harus menyoalsiasatnya. Tetapi apakah tidak mereka selepas siasatan?
Saya sedang tunggu dengan penuh gelisa dan saya berharap perkara ini tidak akan tengelam begitu sahaja.

Saya disuruh untuk mengaitkan "Pasangan Pertama" kepada Kes Pembunuhan Altantuya




Original Post: How To Talk A Lot But Say Nothing
http://malaysia-today.net/

More Article, Please Visit
http://gomalaysian2.blogspot.com/

Read the full story