Sunday, March 21, 2010

Categorized |

Mengenai GoMalaysian2

3:35 PM



GoMalaysian2.Blogspot.Com merupakan blog gantian kepada GoMalaysian.Blogspot.Com.

GoMalaysian.Blogspot.Com merupakan sebuah blog yang menterjemahkan petikan-petikan terpilih daripada Bahasa Cina dan Inggeris kepada Bahasa Melayu contohnya artikel dari Malaysia Today, SinChew Daily, MerdekaReview, TheRockNews dan sebagainya.

Walaybagaimanapun GoMalaysian.Blogspot.Com telah dikatakan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh google pada bulan Februari 2010, maka google telah menghentikan blog tersebut. Namun, google tidak memberikan sebarang alasan dan usaha untuk mendapatkan blog tersebut semula masih dijalankan.

Dengan itu, GoMalaysian2.Blogspot.Com telah ditubuhkan untuk meneruskan usaha penterjemahan tersebut kerana saya percaya saling faham-memahami antara kaum merupakan asas kepada perpaduan negara.

Mungkinkah tindakan terjemahan petikan Malaysia Today (Blog Kontroversial) oleh GoMalaysian telah "dikatakan" melanggar syarat-syarat google kerana telah menyebabkan kemarahan sesetengah pihak?

Itu masih merupakan satu persoalan!

Kepada sesiapa yang mahu menyertai usaha terjemahan atau menghantar petikan kepada blog ini sila kirimkan kepada gomalaysian2@gmail.com

3 Responses to “Mengenai GoMalaysian2”

braderjoe said...
March 22, 2010 at 5:59 PM

den selalu ambil artikel sdr untuk laman mindarakyat. harap halalkanlah ye


thatguy said...
March 26, 2010 at 12:25 PM

admin..aku pun slalu dok cedok kat sini..tq bro..terus usaha...


Malaysian said...
March 29, 2010 at 2:19 AM

@braerjoe
ya, you boleh ambik artikel dari sini tapi kreditkan lah kepada saya dengan letak link sekali... :)

@thatguy
Thanks for your support :)


Post a Comment

Racist Comments Are Not Allow In This Blog!!!