Monday, March 29, 2010

Categorized | , ,

Sistem Permilihan MCA Dan Mampukah MCA Mendapat Sokongan Rakyat Semula?

1:50 AM











Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah adakah Chew Mei Fun, ketua wanita MCA dan bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara akan meletak jawatan? Kerana menurut beliau sekiranya Chua Soi Lek memenangi kerusi President MCA maka beliau akan meletak jawatan MCA. Nampaknya lepas ini, Chew Mei Fun akan sibuk untuk membalas soalan dari media dalam isu ini.


GoMalaysian

Permilihan MCA akhirnya berlalu. Seperti yang dijangkakan oleh para penganalisis politik negara, Chua Soi Lek yang mendapat undi 901 undi berjaya mengalahkan bekas President Ong Tee Keat 578 undi dan bekas President Ong Ka Ting 833 undi dalam perebutan kerusi President MCA.

Namun perolehan undi oleh Ong Tee Keat telah dikatakan amat memberangsangkan kerana sebelum ini para penganalisis politik hanya menjangkakan beliau hanya boleh memperoleh kira-kira 300 undi manakala Ong Ka Ting yang cuba melabelkan dirinya sebagai pemimpin yang mampu menyelamatkan MCA di media masa dan di kalangan wakil MCA akhirna kalah kepada Chua Soi Lek.


Sistem Demokrasi dalam MCA?

Pemilihan Parti MCA memang menarik perhatian saya kerana pada pendapat saya, ia adalah parti yang paling demokrasi di arena politik negara ini. Hal ini adalah jarang berlaku di arena politik negara dimana kebiasanya pihak yang berkuasa biasanya menggunakan pelbagai cara untk menghalang pencabarnya memberikan cabaran kepadanya. Sebagai contoh, sistem kuota yang digunakan untuk menghalang pencabarnya bertanding kerana gagal mendapatkan pencalonan yang mencukupi, Tun Mahathir juga pernah menyatakan beliau ditekan ketika pemilihan UMNO berlangsung dan sebagainya.

Dalam pemilihan MCA kali ini, saya menampakkan kesemua calon mempunyai pelunag untuk berceramah dan mengaul undi mereka. Walaupun terdapat sedikit kekurangan dalam pemilihan kali ini seperti meletakkan VCD dan pisang di meja wakil, kumpulan NAP yang cuba menyuruh wakil supaya tidak mengundi calon yang mempunyai kesalahan dari segi moral, namum pemilihan kali ini dikatakan berjalan dengan lancar.

Sistem demokrasi dalam MCA diharapkan dapat menjadi ikutan kepada parti politik negara bukan saja parti komponen Barisan Nasional, tetapi juga parti komponen Pakatan Rakyat.


Bolehkan MCA mendapat semula sokongan rakyat?

Sebelum pemilihan ini bermula, pelbagai pihak telah menjalankan pungutan suara untuk mendapatkan pandangan orang ramai mengenai siapa yang paling layak untuk memimpin MCA.

Merdeka Center telah menjalankan undian di kalangan pelbagai kaum dan keputusannya ialah Ong Tee Keat mendahului pencabarnya dalam undian tersebut. NTV 7 juga menjalankan undian SMS ketika berita Mandarin dan mendapati hampir 50% daripada masyarakat orang Cina telah berharap agar Og Tee Keat terus membimbing MCA. Hal ini kerana tanggapan orang ramai terhadap Ong Tee Keat adalah lebih positif berbanding dengan calon lain.

Ong Tee Keat pernah membongkarkan tindakan rasuah dalam peruntukan untuk sekolah cina oleh pegawai kerajaan dan yang terbaru ini kes PKFZ yang dikatakan oleh segelintir orang punca dia disingkirkan kali ini. Sikap keberanian Ong Tee Keat telah berjaya mendapat sokongan orang ramai terhadapnya, harus diingatkan, Ong Tee Keat (Ahli Parlimen Pandan) berjaya untuk mengekalkan kerusi Parlimennya walaupun dilanda tsunami politik dimana MCA kalah hampir semua kerusi di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Nampaknya keputusan pemilihan MCA adalah jauh berbeza dengan hasrat masyarakat orang cina, Ong Tee Keat yang paling diminati oleh orang ramai telah menduduki tempat terakhir dalam pemilihan tersebut.

Mesej yang disampaikan oleh pemimpin MCA adalah imej pemimpin itu hanya salah satu faktor dan apa yang lebih penting adalah kebolehan pemimpnin itu untuk mengagihkan sumber parti dan membimbing parti. Jadi, keputusan kali ini telah jauh berbeza dengan hasrat masyarakat orang Cina dan adakah MCA masih mampu mendapat semula sokongan orang Cina? Nampaknya ia masih mempunyai jalan yang lama untuk dikecapi.


Selepas pemilihan Parti?

Adakah MCA akan dapat semula sokongan rakyat khasnya masyarakat orang cina terhadapnya? Pada pandangan saya, ianya amat tipis, tetapi sekiranya mereka melakukan beberapa perkara dibawah, ianya akan mungkin berlaku:

- Isu orang Cina
Sistem persekolahan Cina merupakan faktor paling penting dalam perkiraan orang Cina, kerana masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan anak mereka kerana mereka percaya hanya pendidikan yang mampu mengubah taraf hidup seseorang. Ada juga pepatah Cina yang menyebut Pendidikan tidak boleh dipinggirkan walaupun kita miskin.

Sistem persekolahan Cina telah dikatakan dipinggirkan dari sistem pendidikan negara kerana peruntukkannya tidak mencukupi. Masyarakat orang Cina terpaksa melakukan pelbagai aktiviti seperti konsert, kutipan derma dan sebagainya untuk mengumpul wang untuk membina dan membaikpulih sekolah Cina. Kenapa sesetengah bangunan dalam sekolah Cina telah dipanggil dengan nama seseorang, inilah puncanya.

Selain itu, bilangan sekolah yang tidak cukup. Mereka terpaksa berantur sejak malam lagi untuk mendaftarkan anak mereka belajar di sekolah cina. Hal ini biasa berlaku di KL, Selangor dan Johor. Masyarakat Cina hanya dijanjikan beberapa sekolah baru ketika pilihan raya umum tetapi peningkatan jumlah penduduk menebabkan masalah ini bertambah buruk. Selain itu, terdapat juga peraturan yang amat melucukan seperti sekolah cina tidak boleh dibina dan hanya boleh dipindakan. Kebanyakkan sekolah di bandar adalah dipindahkan dari kampung yang tiada lagi sumber pelajar.

Kesemua isu ini anda boleh mendapatkan pengesahan dari kawan-kawan Cina yang berada di sekeliling anda.

- Keberanian untuk membongkarkan kes rasuah
Walaupn Ong Tee Keat berjaya untuk membongkarkan isu PKFZ namum dia hanyalah berjuang perseorangan kerana segelintir besar wakil dari parti tidak menyatakan sokongan terhadap beliau untuk menyiasat kes ini. Ada juga wakil yang menuduhnya merosakkan imej parti kerana membongkarkan isu ini kerana banyak pemimpin yang terlibat dalam isu ini.
- Pendirian MCA dalam isu negara
MCA gagal untuk menyatakan pendiriannya dalam pelbagai isu negara seperti kes kapal selam, rampasan kuasa Perak dan pemilihan kerajaan tempatan.

- Perlumbaan dengan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat telah berjaya untuk memperkenalkan pelbagai polisi yang mesra rakyat seperti pemberian tanah kepada golongan miskin orang Melayu dan Cina di Perak, potongan harga air di Selangor, peruntukan untuk golongan orang tua di Pulau Pinang, peruntukan untuk sekolah agama dan sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang dan Perak, pengenalan sistem permilihan ketua kampung Melayu di Perak, usaha untuk menjalankan pemilihan kerajaan tempatan di Selangor dan Pulau Pinang dan sebagainya. Namum, MCA yang merupakan parti pemerintah di Pahang, Negeri Sembilan, Perlis, Melaka, Johor nampaknya masih mempunyai jalan yang lama untuk mengejar polisi yang mesra rakyat ini.

Jadi, ianya masih merupakan jalan yang panjang untuk MCA menyelesaikan masalah ini.

Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah adakah Chew Mei Fun, ketua wanita MCA dan bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara akan meletak jawatan? Kerana menurut beliau sekiranya Chua Soi Lek memenangi kerusi President MCA maka beliau akan meletak jawatan MCA. Nampaknya lepas ini, Chew Mei Fun akan sibuk untuk membalas soalan dari media dalam isu ini.



Photo adopted from SinChew Daily

0 Responses to “Sistem Permilihan MCA Dan Mampukah MCA Mendapat Sokongan Rakyat Semula?”

Post a Comment

Racist Comments Are Not Allow In This Blog!!!