Tuesday, April 6, 2010

Ibrahim Ali: Gerakan Parti Tin Kosong

8:19 AM











Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali menyifatkan Gerakan sebagai parti tin kosong, kerana tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, malah perlu bergantung kepada saluran perlantikan senator untuk masuk ke dewan parlimen.


Merdeka Review

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali menyifatkan Gerakan sebagai parti tin kosong, kerana tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, malah perlu bergantung kepada saluran perlantikan senator untuk masuk ke dewan parlimen.

Ibrahim Ali juga menuduh bahawa Gerakan heboh membuat kenyataan kontroversi untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada dirinya. Dari kaca mata ahli parlimen Pasir Mas yang "bebas" ini, Gerakan berbuat demikian demi kepentingan politik dirinya kerana parti komponen BN ini sedang bersaing dengan DAP.

"Tapi, itu sudah terlambat," sindir Ibrahim Ali yang "bersimpati" kepada Gerakan. Beliau berkata, "Saya bersimpati kepada Gerakan. Mereka sekarang ni parti kosong, tin kosong. Mereka tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, perlu bergantung kepada perlantikan senator (untuk masuk ke parlimen)."

Setelah diingatkan bahawa Gerakan masih mempunyai dua orang ahli dewan rakyat yang terpilih dalam PRU ke-12, Ibrahim Ali berkata, "Ya, mereka mempunyai seorang dua, tapi itu tak cukup, mereka masih memerlukan senator untuk mempertingkatkan bilangan kerusi mereka."

Biar rakyat menilai

Sebelum ini, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah mendesak agar Naib Presiden Gerakan, Teng Hock Nan dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June meminta maaf berikutan tuduhan mereka terhadap PERKASA sebagai NGO yang bersifat perkauman, di samping mempertikaikan kenyataan bekas PM, Mahathir Mohamad ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pertama PERKASA.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Teng dan Low enggan meminta maaf. Ketika mengulas isu ini, Ibrahim Ali memberitahu MerdekaReview, "Terpulanglah kepada mereka untuk memohon maaf atau tidak. Rakyat akan menilai siapa yang betul. Akhirnya, orang tahu Tun (Mahathir) adalah rasis atau tidak."

Ibrahim Ali memberi amaran, "Mereka akan kehilangan lebih sokongan. Sokongan Cina tu penting, tetapi Melayu juga penting. Mereka perlu menjaga tingkah laku mereka. Kalau mereka terus dengan kenyataan kontroversi sebegini, mereka akan kehilangan lebih sokongan!"

PM memahami PERKASA

Selain itu, Ibrahim Ali juga menghargai kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa PERKASA bukan kumpulan ektremis. Ibrahim Ali berkata, "PM memahami PERKASA dengan baik. Saya amat gembira dengannya (kenyataan PM). Kerana beliau seorang Perdana Menteri, beliau tidak berkata sesuatu sesuka hati beliau, beliau semestinya mempunyai laporan, mendapat maklum balas, kemudian barulah berkata kepada rakyat."

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.


Read More @ http://merdekareview.com/bm/

0 Responses to “Ibrahim Ali: Gerakan Parti Tin Kosong”

Post a Comment

Racist Comments Are Not Allow In This Blog!!!